Wednesday, December 2, 2009

Permasalah UBM di kampus... siapa boleh tolong jawab?




Soalan:

Ada di sesetengah kampus, unit baitul muslim seperti tidak berfungsi. Bagaimana cara untuk kembalikan fungsinya. ahli macam tak percaya kepada sistem sebab berlaku beberapa perkara yang saya rasa perlu ditangani:

1) terdapat ahli yang mendahului ubm
2) ahli memboikot ubm kerana diri tidak menjadi pilihan
3) ahli yang menganggap ubm ni perkara main2, ramai pula memilih calon luar jemaah
4) kecewa kerana putus ditengah jalan

itu antara masalah yg dianggap kecil, tetapi masalah ini dah jadi satu fikrah pula kpd ahli. paling tidak ramai ahli tidak yakin malah memboikot pula ubm. setiap kali program jika diselitkan mengenai ubm, ramai yg mula 'menyampah', terutama bagi senior-senior. mungkin yang baru-baru mengenali jemaah, rasa seronok mendengar kuliah ubm. tp yg senior-senior yg terbabit dah mula boikot. bagaimana pandangan ustaz?


jawapan ana:

Susah juga nak jawab soalan saudara/saudari yg bertanya. Ana tak pasti masalah ini benar2 wujud atau tidak. Mungkin hanya di kampus anta/anti, atau masalah ini dikampus-kampus yg kecil sahaja, anat tak pasti.

jika masalah ini datang dari kampus kecil, rasanya agak sukar untuk ana selesaikan. ana bukanlah yang terbaik. malah jika kampus besar sekalipun, jika kuantiti ahli jemaah kecil, tetap akan hadapi masalah serupa. masalah tidak dipilih adalah perkara biasa. masalah ahli mendahului ubm pun biasa, sebab takut calon pilihan diambil orang lain jika melalui ubm.

Masalah diri tidak menjadi pilihan muslimin/muslmat, bukanlah kesilapan ubm. tak sepatutnya ubm dipersalah dan diboikot. hati manusia siapa tahu. ahli-ahli jemaah perlu faham kepentingan mendirikan baitul muslim sesama ahli jemaah. walaupun jemaah tidak memaksa, tetapi dari segi membantu sesama ahli dalam mebentuk keluarga muslim adalah perlu difokus.

rugi rasanya jika kita sesama ahli jemaah bertahun2 aktif dalam usrah, tamrin dan sebagainya, memilih calon luar, manakala ahli jemaah yg tidak dilamar itu akhirnya tiada yg memilihnya, membuatkan dia sendiri terpaksa pula menerima orang luar jemaah. tidakkah ini sesuatu yg merugikan, terutamanya bg muslimat. bayangkan jika pemuda Umno pula yg terpaksa diterimanya sebagai suami, kerana tiada sahabat satu jemaah mahu menerimanya.

bagi muslimat pula, ana juga pernah mendengar berita ada seorang muslimah sangat menyampah dengan ubm. baginya ubm hanyalah alat untuk mengkaderkan ahli jemaah, bukan berfungsi seperti yang diwar-warkan. memang jika dilihat, hanya beberapa kerat sahaja ahli disatukan melalui ubm, manakala yg lain sendirian berhad saja. Mendengar saja keluhan muslimat itu, ana memberitahu sahabat ana dari sebuah kampus di selatan. mujurlah sahabat ana beritahu ada seorang muslimin ahli jemaah yang sedang mencari calon isteri. sahabat itu sudah 2 tahun grad. sahabat itu tiada calon ahli jemaah yg memilihnya melalui ubm, kerana perbezaan batch yg agak jauh. ahli-ahli junior tidak menganlinya sangat. jadi akhirnya muslimat itu berjaya disatukan memalui kaedah ubm.

masalah yg timbul mengani ubm jga mungkin disebabkan ahli2 hanya terikat dgn batch masing2 sahaja. misalnya, muslimin hanya nampak muslimat satu batchnya sahaja, begitu juga muslimat. bagi ana tidak menjadi masalah jika muslimin 'berkorban' dengan membiarkan senior-senior mereka memilih muslimat satu batch mereka. dan muslimin pula memilih junior-junior muslimat. perbezaan batch 1,2,3 atau 4 tahun masih boleh di ubm kan. malah bagi ana perlu digalakkan.

jika bernikah satu batch, mungkin akan bermasalah sedikit dari segi ekonomi rmahtangga. maklumlah masing2 baru lepas grad, baru cari kerja. jika pasangan suami isteri berbeza batch, mungkin si suami yg sudah lama grad lebih stabil kedudukan ekonomi. zaman sekarang adalah zaman yg mencabar dari segi ekonomi. nasihat ana, lihatlah, banyak kes cerai berai salah satu faktornya adalah ekonomi. zaman lepas nikah tidak semanis zaman galak-galak bercinta. zaman bercinta adalah ilusi dan khayalan sahaja. semua orang faham, tetapi masih melakukan kesilapan yg sama.

ingatlah, jodoh adalah ketentuan-Nya. kita hanya berusaha. jika tidak dipilih, yakin dan berdoalah supaya Allah kurnia yg lebih baik. bukan menyalahkan ubm. ubm hanyalah perantara dan pemudahcara. maaf jika jawapan ana tidak memenuhi persoalan yg ditanya. sesiapa yg bisa menjawab bolehlah berkongsi di ruang komen.

2 comments:

Ummu Insyirah said...

UBM..perlu di wujudkan di klgn ahli jemaah dan menjalankan fungsinya sebaik mungkin. Ahli-ahli perlu di beri kesedaran peri pentingnya UBM, AJK UBM yg telah di pertanggugjawabkan menguruskan institusi perlu amanah dan menyimpan rahsia. Kadang-kadang timbul masalah apabila ahli tidak percaya kepada UBM kerana sikap AJK UBM itu sendiri. AJK UBM perlulah terdiri dari wakil dr kampus, muslimin muslimat dan wakil alumni yang sudah berumahtangga dan di percayai. Bilangan nya tak perlu ramai kerana mengelakkan kebocoran maklumat.Ahli-ahli juga perlu menganggap UBM ini merupakan satu wasilah pemudah cara, tempat rujukan dsb. Kita tak nafikan kadang2 berlaku putus tengah jalan walaupaun perhubungan itu melalui UBM.Kita tidak blh menyalahkan UBM, mungkin berlakunya kepincangan dari pasangan terbabit,kita perlu lihat dr awal pemilihan dan bagaimana menjaga hubungan. Apabila kita melalui UBM, tidak bermakna kita mendapat lesen untuk menjalinkan hubungan seperti orng yang tidak mempunyai fikrah Islam.UBM hanya pemudahcara bukannya penentu hubungan yang tejalin. Fitrah manusia untuk di sayangi dan menyayangi dan di sinilah peranan UBM untuk memastikan perasaan itu dapat di salurkan ke jalan yang betul..perhubungan bersyariat. Yang selebihnya pasanga terbabit perlu bersungguh2 menjaga perhubungan dari di cemari maksiat.Muslimin dan muslimat perlu meraikan UBM dan tidak boleh mendahului UBM, kerana kita hidup berorganisasi dan bermasyarakat. Memang sedih kalau ada muslimimn dan muslimat kita yang terlepas ketangan mereka yang tidak mempunyai fikrah, apatah lagi jika berlaku kepada muslimat dan lebih malang lagi jika pasanganya bukan saja tidak menyokong malah menentang dan menghalangnya dari menyertai program jemaah. Betul jodoh pertemuan di tangan tuhan..kalau di takdirkan kita mendapat pasangan yang bukan satu fikrah ini bermakna kerja kita bertambah.kita perlu membina benteng diri agar kita tidak terikut dgn fikrah pasangan kita dan pada masa yang sama tugas kita untuk membawa pasangan kita ke jalan yang benar. Doa perlu di titipkan agar suatu hari nanti kita mampu menjadikan rumahtangga kita sebagai baitul muslim yang sebenarnya. Perkahwinan melalui UBM juga tidak menjanji kebahagian dan berkekalan andai pasangan terbabit tidak berusaha menjaganya dan mewujudkan suasana yg baik dlm rumahtangga.Keredhaan ibu bapa juga penting..kita kena berusaha dan berdoa agar rumahtangga yg akan kita bina mendapat redha ibubapa kita.
Semuanya terpulang kepada individu, niat dan bagaimana menyalurkan perasaan itu kejalan yang betul. UBM perlu mengadakan program penerangan kepada ahlinya dan tak salah sekiranya UBM menjadi "match maker" kepada ahlinya asalkan AJK UBM itu sendiri mendapat kepercayaan dan menjalankan tugas dengan amanah.AJK UBM perlu diklgn mereka yang berilmu, dan baik amalanya.Tepuk dada tanya Iman.

Unknown said...

salam, bagaimana pula kalau ada sahabat2 yang sudh mngetahui tentang kita berUBM?? ana risau ianya effect lpas nikah..
harapkan jawapan