Wednesday, June 23, 2010

"Wah, banyak nya ciri-ciri bakal isteri enta?"

Tahniah kepada sahabat-sahabiyah seperjuangan yg melangsungkan perkahwinan. Tahniah juga kepada pasangan-pasangan yang bertemu jodoh melalui unit baytul muslim. Baytul Muslim berdoa agar semua pasangan berjaya membina sebuah keluarga Muslim yang akan melahirkan kader-kader yang membantu agama Allah.

Wanita yang baik, untuk lelaki yang baik. Teringat kata-kata seorang sahabat, senior ana yang memberi tips memilih pasangan sewaktu muda-muda dahulu.

"enta mahu ciri-ciri bagaimana pasangan enta nanti?"

"tentulah yang beriman, dan taat"

"itu ideal sangat akhi"

"emm... ana mahukan bakal isteri yang bla-bla-bla..." ana menyebut ciri-cirinya. ana tak boleh senaraikan di sini. Nanti terbongkar rahsia.

"Enta yakin dapat isteri begitu, enta akan bahagia?"

"kebahagian itu milik Allah, Dia akan bagi kepada sesiapa yg dikehendakiNya" ana menjawab dengan nada bergurau.

"Enta ni..." senior ana itu menepuk bahu ana.

"ciri-ciri yang enta sebutkan tu bagus... tapi enta tamak, mahukan semua ciri itu ada pada bakal isteri enta..."

kata-kata senior itu membuatkan ana ingin tahu penjelasan seterusnya.

"enta sendiri pun tak mampu miliki kesemua ciri yang enta senaraikan itu sekaligus, betul?"

ana angguk sahaja.

"ini pesan ana, pilih satu dua ciri sudah cukup. lain-lain kelemahan, entalah yg lengkapkan... kalau tunggu semua, jd anak teruna tua lah enta... haha" senior ana ketawa kecil apabila melihat ana blur-blur.

Pesanan senior itu ana sematkan dalam benak hati ana. Dan hari ini, alhamdulillah... senior ana memang benar. Tak semestinya isteri kita itu mempunyai ciri-ciri yang kita mahukan. Jika demikian, tentu kita akan bosan kerana kita sudah dapat predict tindakan-tindakannya. Variasi dalam pergaulan akan menjadi perencah kebahagiaan. Asalkan segalanya tidak melanggar syariat.

Kali ini ana mahu juga berpesan kepada adik-adik yang sedang mencari-cari, usahlah idamkan sesuatu yang ideal. Samada lelaki atau perempuan, janganlah terlalu memilih pasangan. Pesan Nabi S.A.W, pilihlah yang beragama. Sebagai pejuang Islam, pilihlah yang berfikrah Islam, harakiyyah. Itulah yang terbaik. Kecantikan akan pudar, kekayaan akan susut, keturunan bukanlah suatu tiket kemuliaan, tetapi agama lah yang akan kekal dunia dan akhirat. Sesungguhnya Allah ciptakan lelaki dan perempuan untuk saling kenal mengenali, dan lengkap melengkapi.

Monday, May 10, 2010

Rencah dalam berumahtangga

Baytulmuslim kembali.
Maafkan ana, sebab lama tak update blog ini. Komitmen pelbagai. Kena uruskan secara bijak. Blog ini pun salah satu komitmen yang ana terlupa. Lama ana tak mengarang, moga-moga entri kali ini anda semua dapat manfaatnya.
Kali ini ana mahu biacara sedikit mengenai hal ehwal rumah tangga baytulmuslim. Setelah rumahtangga anda berjaya dibina, pelbagai cabaran akan anda lalui bersama-sama dengan pasangan anda. Perlu anda fahami sedalam-dalamnya, berumahtangga bermaksud anda telah mengikat diri anda dengan pasangan anda serta ahli-ahli keluarganya. Jangan hanya fikir hanya pasangan anda yang anda miliki. Ibu bapa mertua anda, adalah ibu bapa anda jua. Anda memiliki anaknya, maka mereka adalah ibu bapa anda juga.
Sebagai orang yang faham, ahli jamaah perlu menunjukkan suri teladan yang baik dan membezakan rumah tangga anda dengan rumahtangga orang lain, termasuk rumahtangga adik-beradik anda yang bukan ahli jamaah. Pendidikan anak-anak anda perlu berbeza dan lebih baik, seimbang antara tuntuan dunia -akhirat. Akhlak sebagai suami isteri, akhlak anak-anak perlu dibina dan diperelok dari semasa ke semasa, bagi mengelak timbulnya fitnah kepada jemaah dan gerakan Islam.
Rumahtangga anda adalah unit-unit kecil yang akan membentuk komuniti muslim yang baik seterusnya membina masyarakat dan negara yang baik. Pembinaan baytulmuslim adalah sangat mencabar dikala suasana masyarakat hari ini yang sangat mendukacitakan. Kita sebagai perintis terpaksa mengharungi sunnah sebagai perintis jalan, yakni menerima pelbagai cubaan, dugaan, ujian yang serba mencabar.
Pada peringkat ini, anda perlu menyelami pengalaman-pengalaman ibu bapa anda mengurus rumahtangga, ataupun murabbi-murabbi anda, naqib-naqibah anda dan sebagainya. Perjalanan baytulmuslim setiap pasangan tidak sama kerana latar belakang pembinaan tidak sama. Kebijaksanaan menurus rumahtangga sangat diperlukan. Ilmu-ilmu berumahtangga perlu ditimba dan diadaptasi dari masa ke masa.
Sebagai contoh, ana pernah menerima nasihat dari seorang ustaz. Sampai suatu masa, kita akan berdepan dengan ibu bapa mertua yang berumur, uzur dan tua. Contoh ini bagi si menantu perempuan yang tinggal bersama dengan ibu mertua yg sudah tua. Orang-orang tua mudah terasa hati walau sekecil mana perlakuan kita. Oleh itu berhati-hatilah. Ustaz itu memberi contoh, jika ibu mertua yg tua itu menyapu sampah, membersih rumah, ada kalanya tidak bersih, kerana keuzurannya. Maka jangan pula kita tunjuk lagak mengambil penyapu lalu menyapu semula untuk kali kedua. Si ibu mertua yang tua itu akan terasa bagaikan si menantu itu menyindirnya. Perkara ini akan menimbulkan kerenggangan hubungan menantu-ibu mertua. Jika hendak membersih untuk kali kedua, usahlah lakukan depannya, ataupun tunggu sela masa yang agak lama baru lakukannya. Ini adalah salah satu resipi untuk membentuk keharmonian dalam rumahtangga, kerana ibu mertua kita adalah ibu suami/isteri kita juga.
Banyak lagi contoh cara menghadapi cabaran-cabaran dalam rumah tangga. Mungkin dalam entri-entri lain akan ana ketengahkan, terutama isu-isu ekonomi dalam rumahtangga. Isu ekonomilah selalunya menentukan kstabilan rumahtangga, tak kira samada rumahtangga itu baytulmuslim ataupun rumahtangga bukan ahli jamaah.
Jumpa lagi, ilalliqo!
p/s: Entri-entri Baytulmuslim ini akan dipost berkisar tentang isu-isu Baytulmuslim bagi yang belum berumahtangga, dan juga tips-tips bagi yang sudah berumahtangga.