Tuesday, September 16, 2008

Prosedur umum Unit Baytul Muslim

Unit Baytul Muslim (UBM) setiap kampus diberi taklif mengurus urusan ini. Bermula dengan pengisian borang maklumat peribadi dan pilihan calon, kemudian UBM akan meneliti setiap borang sebelum menghubungi individu-individu yang terlibat, mengadakan sesi ta'aruf, menetapkan pilihan, menghubungi keluarga, mengikat hubungan Baytul Muslim.

Hubungan Baytul Muslim bukanlah seperti ikatan pertunangan. Ia sekadar perjanjian antara pasangan sesama ahli jamaah untuk hidup bersama selepas itu bagi meneruskan kesinambungan dakwah dan gerakan Islam. Ikatan Baytul Muslim ini akan disusuli dengan pertunangan dan pernikahan. Semua prosedur ini adalah rahsia dan hanya diketahui oleh Mas-ul dan individu terlibat sahaja.

Prosedur-prosedur UBM adalah bergantung kepada UBM setiap kampus dan tanzim. Orang yang berautoriti dalam UBM ini selalunya Majlis Mas-ul atau yang lebih tinggi. UBM bukan urusan majlis syura, kerana dikhuatiri mempengaruhi keputusan. Setakat ini UBM tidak diguna sepenuhnya oleh kebanyakan ahli jamaah Islam kampus. Beberapa masalah kerap berlaku kerana sebilangan ahlinya tidak meyakini cara UBM. Ada yang kecewa tidak mendapat pilihan hati, kemudian tidak lagi menggunakan saluran UBM.

Sebagai ahli jamaah yang faham, sepatutnya UBM menjadi pilihan kerana pembinaan keluarga muslim adalah dalam kalangan ahli jamaah juga. Walaupun keberkesanan UBM untuk mengelakkan berlaku keciciran dalam dakwah tidak seratus peratus, namun peratusannya adalah besar jika dibanding dengan pembinaan keluarga muslim dengan individu yang tidak memahami harakah Islamiyyah.

Berikut adalah contoh Borang Baytul Muslim JIM:

BORANG BIODATA BAITUL MUSLIM

1. Nama (& gender):..........................................................................................

Nama Bapa :.........................................................................................

Nama Ibu :...............................................................................................

Asal / negeri kelahiran:...........................................................................

2.Ahli Pertubuhan Islam/Organisasi sukarelawan: JIM/ABIM/PAS/keadilan/Mercy…….……..DLL:

3.Status: Bujang/Janda/Duda/Ibu tunggal/Bapa tunggal

4.Umur (DOB):.........................................

5.Saiz fizikal : Tinggi ……………….. Berat:

6. Warna kulit: Putih / Sawo Matang/hitam manis/kuning langsat

7.Bangsa: Melayu/Cina/India/Keturunan: Jawa/Bugis/Banjar/Minagkabau/Mendeling/dll…..

8.Hobi/minat: ………………………………………………………………………

………………………………………………………………………

9.Penglibatan dalam kerja kerja dakwah/Islam/sukarelawan semasa :

di sek.men:

………………………………………………………………………

………………………………………………………………………

DI IPT:………………………………………………………………

……………………………………………………………………….

sehingga kini.:

………………………………………………………………………

………………………………………………………………………

10.Kelebihan/kekuatan: ………………………………………………………………………

………………………………………………………………………

11.Kekurangan/kelemahan: ………………………………………………………………………

………………………………………………………………………

12.Pekerjaan/Gaji: ………………………………………………………………………

………………………………………………………………………

13.Nama Majikan/Syarikat: ………………………………………………………………………

………………………………………………………………………

14.Cita cita jangka panjang: ………………………………………………………………………

………………………………………………………………………

15.Alamat rumah/pos: ………………………………………………………………………

………………………………………………………………………

16.No. Telefon: …………..Email :

17.Pencapaian Akademik/latarbelakang pendidikan:

· pendidikan sekolah rendah……………….

· pendidikan menengah…………………….

· IPT……………………………..

18.Taraf kesihatan/Penyakit idapan sedari kecil: ………………………………………………………………………

………………………………………………………………………

19.Bilangan adik beradik dan status ekonomi keluarga:

Status : ………………………………………………………………………

………………………………………………………………………

20.Latar belakang keluarga;

a. Pekerjaan ibu bapa /taraf ekonomi keluarga : ………………………………………………………………………

………………………………………………………………………

b. Keahlian & keterlibatan ibu bapa dalam dakwah ………………………………………………………………………

………………………………………………………………………

c. Pertubuhan dakwah/gerakan Islam/badan kebajikan yang ibu bapa terlibat………………………………………………………………………

………………………………………………………………………

d. kerja kerja dakwah/Islami,- ………………………………………………………………………

………………………………………………………………………

22 (i).Jika anda seorang perempuan:

a. Adakah anda bersedia untuk bersuamikan seorang lelaki yang lebih tua/muda, berpendapatan lebih rendah/tinggii dari anda. ………………………………………………………………………

………………………………………………………………………

b. Adakah anda bersedia mengamalkan poligami (menjadi isteri kedua…dan seterusnya). ………………………………………………………………………

………………………………………………………………………

22(ii) Jika anda seorang lelaki yang telah berkahwin:

Adakah isteri pertama anda telah diberitahu dan memberikan persetujuan terhadap niat anda? ………………………………………………………………………

  1. ………………………………………………………………………

Adakah anak anak telah diberitahu mengenai niat anda? ………………………………………………………………………

  1. ………………………………………………………………………

23.Ciri-ciri/kriteria-pasangan yang diingini: (dari segi umur, negeri asal, bangsa keturunan,warna kulit, dan lain lain keutamaan dan pilihan).

………………………………………………………………………

………………………………………………………………………

24.Nama Mas’ul /Naqib/kawan rapat yang boleh dirujuk atau dihubungi

………………………………………………………………………

………………………………………………………………………

25.Masakan / makanan yang paling disukai: ………………………………………………………………………

………………………………………………………………………

26.Perkara yang paling dibenci: …………………………………………………………………………………………

………………………………………………………………………

27. Perkara yang disukai: ………………………………………………………………………

………………………………………………………………………

28. Sila sertakan gambar sekali (muka penuh dan seluruh anggota) - WAJIB

[Sila kemukakan maklumat tambahan selengkapnya jika soalan-soalan di atas tidak mencukupi]

PERHATIAN: SEMUA MAKLUMAT ADALAH CONFIDENTIAL


Borang UBM JIM di atas adalah untuk pertubuhan JIM. Manakala borang UBM untuk jamaah kampus adalah mengikut cara UBM kampus tersebut.


Berikut adalah ringkasan prodesur UBM secara umum:

1. Sentiasa memasang niat dan membetulkan niat untuk membina rumahtangga yang diredhai Allah. Buang jauh jauh sikap ego, prasangka dan prejudis. Kita sama sama memerlukan antara satu dengan yang lain. Sentiasa berdoa agar Allah memberikan anda pilihan terbaik disisi Allah.

2. Isikan borang Baitul Muslim se detail mungkin terutama kriteria pasangan yang menjadi idaman dan pilihan hati.

3. Hantarkan borang Biodata Baytul Muslim (disediakan) yang telah diisi lengkap.

4. Anda tidak dibenarkan menghubungi padanan pasangan anda sendiri.

5. Baytul Muslim akan mengadakan majlis pertemuan antara anda dan bakal pasangan anda dengan ditemani oleh pasangan suami isteri JK Baitul Muslim. Satu taklimat ringkas mengenai Perkahwinan yang Islami (match making) dan majlis taaruf (suaikenal) pasangan akan diadakan.

6. Di majlis taaruf , setiap individu terlibat bebas bertanya sebarang soalan sehingga semua 'tandatanya' dan kemusykilan terjawab dan merasa puas dengan jawapan yang diberikan.

7. Selepas majlis pertemuan, pasangan diberi masa seminggu atau lebih untuk solat istikharah sebanyak 7 kali dalam membuat keputusan untuk menolak atau menerima cadangan 'padanan' pasangan yang diajukan oleh Baytul Muslim.

8. Keputusan samada 'ya' atau pun 'tidak' hendaklah diberitahu kepada JK Baitul Muslim.

9. Jika jawapan kedua adalah positive, JK akan menasihatkan kedua dua belah pihak menyusun langkah seterusnya, i.e keluarga pihak lelaki menemui keluarga perempuan untuk urusan meminang dan seterusnya melangsungkan perkahwinan.

10. Jika jawapan negative, anda jangan mudah putus asa. Semua maklumat yang anda dapati mengenai pasangan padanan Baitul Muslim adalah amanah dan perlu dirahsiakan. Maruah saudara muslim perlu dijaga.

11. Ingatlah lelaki yang baik untuk wanita yang baik, lelaki yang keji untuk wanita yang keji.


Kepentingan Baitul Muslim - Keluarga Bahagia

Memiliki keluarga yang bahagia merupakan salah satu daripada keperluan bagi seorang manusia. Institusi kekeluagaan dianggap sebagai suatu unsur penting membentuk kehidupan seseorang. Islam mengajarkan bahawa kebahagiaan manusia bukanlah hanya di duinia; tetapi matlamat yang lebih jauh ialah kebahagiaan di akhirat. Bagi orang bukan Islam mungkin mereka menganggap kehidupan di dunia ini adalah segala-galanya. Ada di kalangan mereka merasakan bahawa kekayaan dunia mesti dikejar untuk mendapat kebahagiaan. Amat rugilah bagi seorang muslim jika mereka juga berfikiran sedemikian; kerana Islam mengajarkan kebahagiaan di akhirat itulah yang lebih utama untuk dicapai.

Dalam rangka untuk mendapatkan keluarga yang bahagia ini Islam telah menggariskan beberapa perkara yang amat diberi perhatian. Pembinaan baitul muslim merupakan suatu proses yang berterusan dan berputar. Seorang anak yang lahir dari sebuah baitul muslim dengan izin Allah akan juga melahirkan anak pada masa akan datang. Proses ini akan terus berlaku sehingga datangnya hari qiyamat.

Kepentingan mendirikan baitul muslim


Kepentingan untuk mendirikan baitul muslim bolehlah ditunjukkan dengan rangkaian di bawah.

Individu Muslim -> Keluarga Muslim -> Masyarakat Muslim -> Negara Muslim ->Dunia Muslim

Rangkaian ini menunjukkan setiap satu nya memberi kepentingan kepada yang lain. Keluaga muslim terhasil dari individu muslim. Dan keluarga muslim pula akan membentuk masyarakat Muslim. Begitulah seterusnya. Matlamat akhir dalam hidup muslim ialah untuk membina dunia yang ditadbir dengan Islam.

Ciri-ciri sebuah keluarga muslim:


Setelah mengetahui tentang apa itu keluarga muslim, mari kita lihat pula beberapa cirri yang harus ada dalam sesebuah keluarga muslim itu.


1) Menanamkan Aqidah tauhid yang mantap di dalam diri setiap ahli keluarga . Setiap ahli keluarga perlu ditanamkan dengan rasa takut kepada Allah. Individu yang bertaqwa boleh dihasilkan daripada sebuah keluarga yang menanamkannya.


2) Menghidupkan suasana keluarga dengan suasana Islam. Ini boleh dilaksanakan dengan menghidupkan amalan membaca solat jamaah, talim, tazkirah, usrah, makan bersama dan sebagainya.


3) Menanamkan dalam diri setiap ahli keluarga supaya berbangga dengan cara hidup Islam, dan pada masa yang sama tidak mengagungkan cara hidup kaum kafir .Contohnya mengamalkan membaca cerita2 nabi sebelum anak-anak tidur, bukan membaca kisah-kisah dongeng yang tidak memberi manfaat. Selain itu, ahli keluarga juga perlu ditanamkan dengan perasaan izzah dengan pakaian Islam, dan benci utk memakai pakaian-pakaian kafir. Antaranya dengan menerangkan hikmah2 Allah memerintahkan supaya muslim mengenakan pakaian muslim.


4) Menanamkan semangat cintakan menuntut ilmu di kalangan ahli keluarga.Sesungguhnya org yang takutkan Allah ialah golongan yang berilmu. Ilmu yang baik adalah ilmu yang boleh membawa penuntutnya kepada mengenal Allah. Tidak kiralah sama ada ilmu itu, ilmu kedoktoran, kejuruteraan dan sebagainyasemua itu adalah ilmu yang baik jika dapat membawa seseorang itu kepada mengenal Allah.


5) Setiap ahli dalam keluarga menjalinkan hubungan yang baik; saling ingat mengingati antara satu sama lain. Sesi muzakarah, muhasabah, mesyuarat dan sebagainya amat penting. Ini akan melahirkan rasa kebersamaan di antara ahli keluarga.


6) Menjalinkan hubungan baik dengan jiran-jiran.Sentiasa menjadi contoh tauladan dalam masyarakat. Iaitu menjadikan keluarga sebagai sebuah keluarga mithali, supaya masyarakat sekeliling dapat mengambil sesuatu yang baik dari keluarga kita.

Banyak lagi cirri-ciri yang perlu dimiliki oleh sesebuah keluarga muslim. Kita semua tidak terlepas dari tanggungjawab menuntu ilmu mengenainya. Kalau tidak dapat kesemua ilmu itu tidak mengapa; yang pentingnya usaha untuk mendapatkannya sebanyak mungkin sebagai persediaan untuk mendapatkan keluarga muslim ini.

Peringkat-peringkat untuk membina keluarga Muslim secara ringkasnya boleh diterangkan dalam 3 bahagian ini:


1) Tanggungjawab sebelum berumahtangga

Pendidikikan baitul muslim ini bermula dari awal lagi. Tindakan setiap pasangan akan mempengaruhi sepanjang hidup mereka. Jika dicalari dengan tindakan-tindakan yang menyalahi syara; sedikit sebanyak ia akan mempengaruhi keluarga yang akan dibentuk..


Sudah jadi adat, pasangan yang ingin berkahwin menjalinkan hubungan atau apa yang disebut sebagai couple di masa sekarang. Sedangkan adat ini selalunya menyalahi adab. Pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan menyebabkan banyak berlakunya penzinaan yang membinasakan nasab keturunan. Islam menganggap keturunan adalah suatu kemuliaan yang sangat perlu diambil berat. Duduk berdua-duaan antara pasangan kekasih; jika tidak berzina pun, ianya adalah dilarang Allah. Dalam Al-Quran telah dinyatakan, jgn menghampiri zina. Oleh itu, setiap perkara yang boleh menjerumuskan kepada penzinaan wajib dielakkan.


Setiap individu yang hendak mendirikan rumah tangga hendaklah mengambil berat soal ini, kerana ia membabitkan soal keturunan sepanjang zaman. Anak-anak yang akan di lahirkan dalam sesebuah keluarga terkadang akan mengulangi sejarah yang pernah dilalui oleh ibu bapa mereka. Sebagai bakal ibu bapa, sudah tentu kita semua tidak mahu melihat anak-anak kita nanti keluar bebas bersama-sama orang yang bukan mahram mereka.


Tetapi ini lah yang menjadi salah satu dari masalah masyarakat pada waktu ini. Masyarakat mengiktiraf adat walaupun kadang-kadang ianya menyalahi adab-adab Islam yang seharusnya lebih perlu diutamakan.


2) Tanggungjawab selepas berumah tangga

Selepas mendirikan rumah tangga, kedua pasangan suami isteri hendaklah sentiasa berbincang, bermesyuarat bagaimana untuk membentuk keluarga yang soleh pada masa akan datang. Perkara ini perlu bermula sejak malam pertama perkahwinan lagi. Pasangan perlu merancang bagaimana langkah-langkah yang boleh mereka ambil pada masa akan datang; tidak hanya menunggu bila mereka sudah memiliki anak, sebab pada waktu itu, mungkin sudah agak terlambat. Atau dengan kata lainnya, mereka kerugian masa kerana tidak merancang sedari awal lagi.


Terdapat banyak adab-adab dalam rumah tangga yang perlu diberikan perhatian. Islam sebagai way of life mengajarkan dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara. Ini merupakan salah satu daripada banyak kelebihan kita hidup sebagai seorang Islam. Islam menggariskan, suami dan isteri kedua-duanya berperanan menghasilkan keluarga muslim ini. Gabungan yang baik antara suami isteri akan melahirkan anak-anak yang baik, walaupun kita juga harus menerima hakikat Allah mendatangkan ujiannya dalam bentuk keluarga yang menjadi musuh.


Mengenai cirri-ciri suami dan isteri yang soleh dan solehah, terdapat banyak sumber yang boleh dirujuk untuk dipelajari. Di sini akan dibincangkan beberapa perkara yang perlu ada bagi pasangan suami isteri:


  1. Menanamkan mawaddah wa Rahmah (rasa kasih saying) antara suami isteri

Perasaan kasih saying ini akan memberikan ketenangan kepada pasangan. Tidak akan sama antara kasih saying yang diredhai Allah dengan perasaan kasih saying yang tidak diredhai Allah. Hanya orang yang menyemaikan rasa cintanya kepada pasangannya yang halal akan dikurniakan Allah dengan perasaan ini


  1. Berlapang dada dengan kekurangan pasangan masing-masing

Allah menjadikan lelaki dan perempuan dengan sifat saling lengkap-melengkapi. Kekurangan suami akan ditampung oleh isteri dan begitu juga sebaliknya. Dan perlu juga diterima hakikat bahawa manusia itu dilahirkan dengan kekurangan masing-masing. Bahkan orang yang akan kita kahwini juga lahir dari keluarga yang asing dari keluarga kita. Lahir di rumah yang lain dari rumah kita. Jadi perlu diterima cara pendidikan keluarga yang diterima juga adalah lain dari yang kita telah terima.


  1. Saling bertolong bantu dalam urusan rumah tangga

Sikap ini amat penting untuk melahirkan rasa mawaddah dan Rahmah. Pasangan akan terasa dihargai apabila dirinya dibantu oleh orang yang disayanginya.


  1. Mengamalkan qiyamuLlail bersama-sama dengan pasangan.

Suami merenjiskan air ke muka isteri untuk membangunkannya dari tidur pada waktu malam. Begitu juga, jika isteri terbangun ditengah malam, ia akan merenjiskan air di muka suaminya supaya sama-sama dapat bangun sebentar kerana Allah.

Terdapat banyak lagi yang perlu dipelajari. Setiap seorang daripada kita hendaklah menanamkan keazaman suatu hari nanti akan dapat menjadi seorang pasangan yang soleh dan solehah.

3) Tanggungjawab mendidik anak-anak dan ahli keluarga

Perkara berkaitan ini sudah banyak disebutkan dalam cirri-ciri keluarga muslim di atas. Kelaurga muslim yang telah dibina bertanggungjawab untuk melaksanakan cirri-ciri yang harus dimiliki itu. Ia menjadi tanggungjawab kepada suami isteri dan juga ahli lainnya.

Sesungguhnya keluarga yang bahagia itu adalah tempat untuk mengecas bateri perjuangan. Ahli keluarga yang mempunya kejelasan dari segi akidah, fikrah islam, dan sebagainya, akan banyak membantu dalam menguatkan individu muslim. Perjalanan kita masih jauh. Semoga kita semua berada dalam kerangka perjalanan yang jauh itu, iaitu dalam kerangka mewujudkan sebuah dunia yang ditadbir dengan kalimah Allah.

Segala yang baik itu datang dari Allah dan segala yang buruk itu dari kelemahan diri penulis sendiri. Hakikat keduanya dengan izin dan inayah Allah jua. Semoga artikel ini dapat memberi manfaat pada kita semua, insha-Allah.

Monday, September 15, 2008

Kepentingan Baytul Muslim

Sungguh, baiknya umat Islam hanyalah dapat diraih dengan cara kembali kepada ajaran Islam yang lurus itu sendiri. Baik dalam permasalahan aqidah, kaedah pengajaran mahu pun aturan kehidupan. Ajaran Islam seharusnya dipraktikkan dalam seluruh aspek kehidupan, kemasyarakatan, ekonomi mahu pun politik. Asas dari seluruh elemen masyarakat adalah sebuah keluarga muslim. Pembinaan (Tarbiyah) keluarga muslim berupa pendidikan Islam dan pelaksana utama dari pendidikan ini adalah seorang ibu muslimah.

Tegaknya sebuah keluarga muslim memberikan impak yang sangat besar bagi terlaksananya dakwah islamiyah. Islam sendiri memberikan tanggungjawab yang begitu besar kepada keluarga baik dia seorang ayah mahu pun ibu untuk memberikan pendidikan, pengetahuan, dakwah dan bimbingan kepada anggota keluarga. Pembinaan yang demikian inilah yang akan menyelamatkan dan memberikan penjagaan kepada diri dan keluarga.

Dalam hal ini Saiyidina Ali bin Abi Thalib dan Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘Anhum menyatakan “Berikan pendidikan, ajarilah dengan ketaatan kepada Allah, serta takutlah dari kemaksiatan. Didiklah anggota keluargamu dengan dzikir yang akan menyelamatkan dari api neraka”
( Ibnu Katsir & At Tabari).

Berkaitan dengan tanggungjawab keluarga muslim ini Nabi Muhammad Shallallahu alaihi wa sallam menerangkan secara umum tanggung jawab seorang pemimpin.

Ketahuilah bahwa kalian semua adalah pemimpin, dan kalian akan ditanya tentang kepemimpinan kalian. Pemimpin di antara manusia dia akan ditanya tentang kepemimpinannya. Laki-laki adalah pemimpin bagi keluarganya dan dia akan ditanya tentang kepemimpinannya. Istri adalah pemimpin dalam rumah tangga serta anak-anak suaminya dan dia akan ditanya tentang mereka. Pembantu adalah pemimpin dari harta tuannya dan dia akan ditanya tentangnya. Ketahuilah bahwa kamu sekalian adalah pemimpin dan kalian akan ditanya tentang tentang kepemimpinannya
(HSR Bukhari)

Tanggungjawab yang disebut dalam hadis di atas bersifat umum dan menyeluruh. Tanggung jawab seorang suami tidaklah hanya terbatas kepada sudut material sahaja , demikian halnya dengan seorang isteri. Dia tidaklah hanya bertanggung jawab terhadap kebersihan rumah, atau menyiapkan makanan semata-mata. Akan tetapi kedua-duanya dari kedudukan yang berbeza mempunyai tanggungjawab terhadap pendidikan keimanan keluarga termasuk di dalamnya tanggungjawab dakwah.

Al Quran dan Hadis sumber pedoman kita menegaskan tanggung jawab kedua orang tua dalam aktiviti kekeluargaan dan pengaruhnya terhadap anak. Seorang isteri memiliki tanggung jawab yan berbeza dengan suami. Dan ia adalah pemimpin sebagaimana yang disebut dalam hadit di atas. Secara nyata tanggungjawab seorang isteri terhadap rumah tangga dan anak-anak suaminya sangatlah luas. Panjangnya kebersamaan seorang ibu dengan anak secara automatik memberikan warna tersendiri bagi perkembangan pendidikan zahir maupun mental anak.

Apabila kita timbang tanggungjawab seorang suami dengan seorang isteri maka akan kita dapati bahawa tanggungjawab seorang isteri sangatlah besar. Karena dialah yang melahirkan sang anak, menyusuinya, dan menemani serta mendidik anak dari jam ke jam, hari ke hari.

Bahkan ketika seorang anak masih kecil, kemudian menjangkau remaja dan menjelang dewasa, di dalam rumah mahu pun di luar rumah si ibu sentiasa mewarnai bentuk kehidupan si anak. Hingga mungkin si bapa telah tiada maka ibulah yang tetap mendampingi puteranya untuk mengharungi masa depan.

Dan hendaknya kalian tinggal di rumah-rumah kalian” ( QS Al Ahzab : 33)

Inilah sebagian tanggung jawab yang diberikan oleh Islam kepada keluarga.

Jagalah diri kalian dan keluarga kalian dari api neraka” (QS At Tahrim : 6)

Sebagai individu yang memahami gerakan Islam dan gerakerja Jamaah, kesinambungan gerak-kerja adalah sangat penting bagi mendaulatkan Islam. Dengan itu pasangan suami isteri mestilah dari kalangan mereka yang juga faham tentang gerak-kerja dakwah agar salah seorang daripada pasangan itu membantutkan gerak kerja dakwah pasangannya.

Hal ini sering terjadi kepada ahli gerakan Islam yang bernikah dengan orang yang tidak memahami asas harakah Islamiyah dan amal Jamaei. Sekalipun pasangannya itu dilihat sebagai Islamik dan warak, namun dalam konteks gerakan Islam itu adalah berbeza. Gerak kerja dakwah akan tersekat atau terlengah disebabkan pasangan nikahnya tidak memahami perjuangan dakwah haraki.

Adalah menjadi suatu keharusan ahli-ahli tanzim haraki yang ingin berumahtangga memilih sesama ahli jua kerana kefahaman semuanya hampir sama. Unit Baytul Muslim jemaah setiap kampus diberi tugas ini untuk mengendalikan urusan baytul muslim ahli jemaah. Sebagai ahli yang faham, sahabat dan sahabiyah perlu meyakini kewibawaan Unit Baytul Muslim. Walaupun urusan baytul muslim dalam jamaah tidaklah wajib, tetapi ia adalah atas dasar memelihara ahli daripada tercicir selepas keluar dari alam kampus.

Sunday, September 14, 2008

Apa itu Baytul Muslim?

Baytul Muslim adalah blog untuk berkongsi ilmu dan kefahaman tentang Baytul Muslim dalam kalangan para pemuda dan pemudi, mahasiswa dan mahasiswi, serta para remaja Muslim tentang kepentingan Baytul Muslim.

Artikel pertama blog ini tidak akan mengupas panjang mengenainya. Cukup sekadar pengenalan kepada Baytul Muslim. Baytul Muslim adalah satu wadah untuk para pemuda-pemudi Islam yang belum bernikah, ingin memilih pasangan untuk dinikahi.

Kenapa Baytul Muslim?
Baytul Muslim adalah wadah, bukan semestinya melaluinya pasti mendapat pasangan. Tujuan Baytul Muslim adalah untuk mempertemukan pemuda Muslim dengan pemuda Muslimah yang mempunyai fikrah Islam yang jelas agar tidak berlaku keciciran dalam dakwah.

Keciciran dalam dakwah dan jamaah, salah satu faktornya adalah melalui pernikahan. Jika pasangan yang dinikahinya tidak berfikrah Islami, berkemungkinan dia juga akan terdorong untuk perlahan-lahan meninggalkan gerak kerja dakwah dan penglibatan dalam jamaah Islam.

Tidakkah ini suatu pembaziran terutamanya kepada mahasiswa kampus yang menerima fikrah Islam dan gerakan Islam dalam kampus. Para pemuda muslimin dan muslimat ini adalah aset gerakan Islam dan pelapis kepemimpinan jamaah dan masyarakat pada masa akan datang.

Jadi Baytul Muslim adalah usaha untuk menghubungkan putera-puteri gerakan Islam sesama fikrah. Biasanya unit-unit Baytul Muslim telah diwujudkan dalam tanzim setiap kampus, dan juga tanzim luar kampus.

Harap artikel pertama ini dapat memberi sedikit input sahabat sahabiyyah sekalian. Komen dan penambah-baikan artikel sangat dialu-alukan.